Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Khamis, 26 Jun 2014

Rendang pemberian orang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hari ni genap kandungan saya 9bulan..menghitung hari je sekarang ini.. tinggal 10 hari lagi nak bertemu permata hati yang selalu menendang2 di dalam perut..rindu mahu berjumpa..

Semakin hari semakin berat rasa perut ni..tidur pon xbegitu lena..kerja-kerja rumah pon terasa berat nak dilakukan..apa2 pon hujung2 bulan ni doktor nasihat kene banyak exercise dan berjalan..walaupon rase xlarat n letih namun kene gagah kan diri untuk lakukan juga..Ya Allah berilah aku semangat dan kekuatan untuk menempuhi saat2 ini..

Hari ini makan tengahari lewat sikit, jam 5.30 petang baru siap masak dan makan..dan Alhamdulillah nak cerita kat sini sebenarnya rezeki hari ini, ada orang bagi rendang plak..rase seronok sangat bila dengar suami kate ada orang nak bagi rendang ayam.. wah, yeke.. lama sangat xmakan rendang ni.. tau x siapa yang masak rendang ayam tu, chef nyer bakal doktor dan lelaki..haaa... orang lelaki kalau pandai masak memang sedap..ternyata rendang yang diberi tu sedap sangat..sedap...sehingga tambah nasi 2 kali..hehe

Chef khairul syazwan namanya, xlame lg nak bina masjid lepas syawal ni.. Alhamdulillah moga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..terima kasih doktor syazwan..

Baby dalam perut ni melompat2 seronok makan rendang pakcik..hihihi actually saya sendiri pon xteror sangat masak rendang, kene tengok resepi kat internet baru boleh masak, itu pon kalau menjadi..hehe practice make perfect..jarang masak rendang biasa la, semua ini alasan... :P

Apa2 pon raya tahun ni walaupon xdapat makan n masak rendang, dah terubat la, makan rendang awal..Alhamdulillah. ..
Ok..itu je nak cerita..seronok rendang sedap..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA.. (xpuasa la saya dalam pantang..mg khir semua InsyaAllah)

Sabtu, 14 Jun 2014

Selawat..

Salallah ala muhammad by Zafir Zakaria on SoundCloud - http://soundcloud.com/zafir-zakaria/salallah-ala-muhammad

Khamis, 12 Jun 2014

Malam nisfu syaaban

Hari ini 12 jun malam nisfu syaaban..en suami pergi program bersama sahabat2 nya di Masjid Hussien. Program nisfu bersama Habib Ali Al-Jufri..seronoknya.. teringin sangat tengok, menatap wajah keturunan Rasulullah.. Namun tiada rezekiku untuk hadir bersama. En suami je yg pergi program.. sedih sangat hati ini, sayu menangis..namun apakan daya en suami risaukan khuatir saya letih, en suami mengambil keputusan supaya saya rehat je di rumah.. sedih, sedih..tiada rezeki, tiada kesempatan untuk hadir..tidak mengapalah ada hikmahnya..

Zikir dan doa di rumah..mohon agar kesempatan ini diberikan kepada diri yang hina ini, yg banyak kekurangan untuk menatap wajah keturunan Rasulullah pada masa akan datang... Allahuakbar.. :( di bawah ini sedikit tulisan berkaitan malam nisfu syaaban..

Malam Nisfu Sya'ban -
Sebuah Pandangan oleh Sidi Abdullah Bin al-Siddiq al-GhumariAl-Hafiz Al-Muhaddits Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Siddiq Al-Ghumari Rahimahullah Taala merupakan salah seorang tokoh ulama’ Maghribi yang bermazhab aqidah Asy’ari dan fiqh Maliki. Beliau yang juga merupakan seorang tokoh sufi telah banyak menyumbang jasa terhadap dunia Islam melalui karya-karya ilmiahnya dalam pelbagai bidang ilmu. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang hadis menjadikan hampir kesemua tulisan beliau dipenuhi nas-nas nabawi. Selain itu, kefaqihan beliau juga dapat kita lihat dalam metod beliau bertaamul dengan nas-nas tersebut.Salah satu tulisan beliau yang wajar diketengahkan adalah kitab Husnul Bayan Fi Laylatin Nisfi Min Sya’ban, yang menghuraikan berkenaan·

Sejarah permulaan sambutan nisfu Sya’ban· amalan-amalan yang dianjurkan pada malam hari tersebut· Hadis berkenaan kelebihan malam nisfu Sya’ban· Berkenaan doa yang dikhususkan pada malam tersebut· Berkenaan solat yang dikhususkan padanya· KesimpulanSebahagian terjemahan kitab…Sambutan malam nisfu Sya’ban mula diadakan oleh para tabiin dari ahli Negeri Syam seperti Khalid Bin Ma’dan, Makhul, Luqman Bin Amir dan selainnya. Mereka memuliakan malam tersebut dan beribadah dengan bersungguh-sungguh padanya. Dikatakan bahawa telah sampai kepada mereka sebuah riwayat israiliyyah berkenaan perkara tersebut. Kemudian orang ramaipun mengikuti perbuatan mereka dan sambutan ini menjadi masyhur. Dan terjadi perbezaan pendapat ulama’ berkaitan hal ini.Satu kumpulan ahli ibadah dari Basroh bersetuju dengan pendapat ahli Syam dalam membesarkan malam tersebut.

Adapun kebanyakan ulama Hijaz mengingkari perbuatan tersebut bahkan membid’ahkannya. Antara ulama tersebut adalah Atho’, Ibn Abi Malikah dan fuqoha’ Madinah, ini juga merupakan pendapat Ashab Imam Malik. Ibn Waddhah meriwayatkan dari Zaid Bin Aslam, beliau berkata: “Kami tidak menemui seorangpun dari masyayikh dan fuqoha’ -di Madinah- yang berpendapat boleh menyambutmalam nisfu Sya’ban, dan mereka juga tidak mengambil hadis Makhul. Mereka juga tidak berpendapat bahawa malam tersebut mmpunyai kelebihan berbanding selainnya.”Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.

Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :Quoteعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapatkepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.Seterusnya,Quoteعن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.Seterusnya,Quoteعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوب[10:57AM, 6/12/2014] PRKBR Us Nasir: الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akanmelepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.Kesimpulannya :Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.Sumber :Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.Nik Bakri: ambo al faqir nik bakri susun jari 10 minta maaf mita ampun kpd semua sahabat2 dlm group ni. اللهم اغفرلنا

https://www.facebook.com/nik.bakri.5/posts/619959364766255?fref=nf

Selasa, 10 Jun 2014

Pizza daging dan aiskrim vanilla

Assalamualaikum...bukan nak bagi resepi.. :P

Alhamdulillah, hari ni dah masuk minggu ke 37 baby dalam rahim ni..kepala baby pon dah pusing ke bawah
Esok akan ada appointment dgn doc untuk scan lagi kedudukan baby dan check hb..

Dan Alhamdulillah juga hari ni tiba-tiba rase nak makan pizza. Actually dari semalam lagi nak makan tapi kesian kat suami nak pergi beli dan bukan murah pizza ni, buat sendiri lagi jimat tapi oven xde.. huhuhu

Asalnya xsamp hati nak bagitau en suami kata nak makan pizza, tapi takut nantI masa pantang keinginan ini menjadi2, lebih baik bagi tau, lagi pon en suami kata nak keluar hari ini beli barang dapur, jadi saya pon menyampaikan lah hajat di hati.

Alhamdulillah, malamnya en suami keluar dan balik membawa pizza + aiskrim+ mangga..wah, best sangat!.. seronok xterkata. Apa lagi makan aiskrim dulu lah..aiskrim makanan yang saya suka lagi2 time pregnant ni, tapi oleh kerana nasihat doc xbgi makan manis2, boleh dikira la saya makan aiskrim start dr pregnant.. rasenya 3kali kot..huhu

Alhamdulillah semua ni nikmat yang Allah berikan..malam tu kenyang makan pizza, saya xbanyak pon makan, 1 1/2 slice je, lebihnya en suami yang makan dan kawan2 en suami yg kebetulan datang ke rumah..memg pregnant ni saya xbanyak makan, makan sikit dah kenyang..doc kate makan sikit dan kerap, maksudnya selang 2jam kene makan. Tapi saya x, memg kenyang je, klu lapar pon makan yang ringan2 dah kenyang. Kira makan makanan berat 2kali sehari, Alhamdulillahsetakat ni mencukupi untuk diri dan anak..InsyaAllah. .

Alhamdulillah sekali lagi.. :D picture pizza xsempat nk snap yg penuh, snap separuh yang tinggal..aiskrim memg xsempat langsung, aiskrim kon je pon.. ok wassalam..