Hari ini 12 jun malam nisfu syaaban..en suami pergi program bersama sahabat2 nya di Masjid Hussien. Program nisfu bersama Habib Ali Al-Jufri..seronoknya.. teringin sangat tengok, menatap wajah keturunan Rasulullah.. Namun tiada rezekiku untuk hadir bersama. En suami je yg pergi program.. sedih sangat hati ini, sayu menangis..namun apakan daya en suami risaukan khuatir saya letih, en suami mengambil keputusan supaya saya rehat je di rumah.. sedih, sedih..tiada rezeki, tiada kesempatan untuk hadir..tidak mengapalah ada hikmahnya..
Zikir dan doa di rumah..mohon agar kesempatan ini diberikan kepada diri yang hina ini, yg banyak kekurangan untuk menatap wajah keturunan Rasulullah pada masa akan datang... Allahuakbar.. :( di bawah ini sedikit tulisan berkaitan malam nisfu syaaban..
Malam Nisfu Sya'ban -
Sebuah Pandangan oleh Sidi Abdullah Bin al-Siddiq al-GhumariAl-Hafiz Al-Muhaddits Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Siddiq Al-Ghumari Rahimahullah Taala merupakan salah seorang tokoh ulama’ Maghribi yang bermazhab aqidah Asy’ari dan fiqh Maliki. Beliau yang juga merupakan seorang tokoh sufi telah banyak menyumbang jasa terhadap dunia Islam melalui karya-karya ilmiahnya dalam pelbagai bidang ilmu. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang hadis menjadikan hampir kesemua tulisan beliau dipenuhi nas-nas nabawi. Selain itu, kefaqihan beliau juga dapat kita lihat dalam metod beliau bertaamul dengan nas-nas tersebut.Salah satu tulisan beliau yang wajar diketengahkan adalah kitab Husnul Bayan Fi Laylatin Nisfi Min Sya’ban, yang menghuraikan berkenaan·
Sejarah permulaan sambutan nisfu Sya’ban· amalan-amalan yang dianjurkan pada malam hari tersebut· Hadis berkenaan kelebihan malam nisfu Sya’ban· Berkenaan doa yang dikhususkan pada malam tersebut· Berkenaan solat yang dikhususkan padanya· KesimpulanSebahagian terjemahan kitab…Sambutan malam nisfu Sya’ban mula diadakan oleh para tabiin dari ahli Negeri Syam seperti Khalid Bin Ma’dan, Makhul, Luqman Bin Amir dan selainnya. Mereka memuliakan malam tersebut dan beribadah dengan bersungguh-sungguh padanya. Dikatakan bahawa telah sampai kepada mereka sebuah riwayat israiliyyah berkenaan perkara tersebut. Kemudian orang ramaipun mengikuti perbuatan mereka dan sambutan ini menjadi masyhur. Dan terjadi perbezaan pendapat ulama’ berkaitan hal ini.Satu kumpulan ahli ibadah dari Basroh bersetuju dengan pendapat ahli Syam dalam membesarkan malam tersebut.
Adapun kebanyakan ulama Hijaz mengingkari perbuatan tersebut bahkan membid’ahkannya. Antara ulama tersebut adalah Atho’, Ibn Abi Malikah dan fuqoha’ Madinah, ini juga merupakan pendapat Ashab Imam Malik. Ibn Waddhah meriwayatkan dari Zaid Bin Aslam, beliau berkata: “Kami tidak menemui seorangpun dari masyayikh dan fuqoha’ -di Madinah- yang berpendapat boleh menyambutmalam nisfu Sya’ban, dan mereka juga tidak mengambil hadis Makhul. Mereka juga tidak berpendapat bahawa malam tersebut mmpunyai kelebihan berbanding selainnya.”Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.
Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :Quoteعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapatkepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.Seterusnya,Quoteعن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.Seterusnya,Quoteعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوب[10:57AM, 6/12/2014] PRKBR Us Nasir: الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akanmelepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.Kesimpulannya :Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.Sumber :Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.Nik Bakri: ambo al faqir nik bakri susun jari 10 minta maaf mita ampun kpd semua sahabat2 dlm group ni. اللهم اغفرلنا
https://www.facebook.com/nik.bakri.5/posts/619959364766255?fref=nf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan