Semalam en suami dah penat membasuh baju anak, sekarang giliran saya untuk mengemas, melipat dan mengiron baju. Alhamdulillah, selesai juga.. seronok bila tengok baju anak yang dah siap dilipat, tinggal nk masukkan dalam beg n almari je..yg masuk beg tu untuk di bawa ke hospital..
Catatan Kehidupan
Selasa, 27 Mei 2014
Isnin, 26 Mei 2014
Kuih kasturi @ kacang
Kuih ini antarakuih tradisional, tapi xpasti dr bangsa, keturunan apa..rasenye seperti mssyarakat india. kecik-kecik dulu mak suka buat kuih ni untuk kami. Asalny buat bubur kacang, dan bila xhabis mak buatkan kuih kasturi ni supaya xmembazir. Alhamdulillah kami suka dan inilah kali pertama saya buat kuih ni..
Resepi kuih kasturi@kacang
1cawan Kacang hijau(rebus bagi empuk)
3 sudu tepung gandum
1/2cawan kelapa parut
2 sudu gula merah
3 sudu gula (ikut citarasa masing2)
Campur kesemua bahan dan bentukkan bulat leper
Tepung untuk menggoreng
1cwn tepung gandum
2sudu tepung jagung
Sedikit garam
Air sejuk untuk bnacuhan
Campur semua bahan, mSukkan air sedikit demi sedikit..adunan tepung mesti tidak terlampau cair ye.. celupkan kuih yg telah dibentuk dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Gambar yg saya sertakan tu saya goreng separa garing untuk difrozenkan.
Ahad, 25 Mei 2014
Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah
Menu untuk tetamu jauh dari Malaysia, Alfadhil Ustaz Zulkifli bin Ismail. Gambaq xsempat nk snap yg siap hias, ni yg dlm periuk je, ok la kan..nasi pon xsempat snap..
Alhamdulillah, dapat masakkan untuk Tuan Guru dan anak2 muridnya.. Mg Allah permudahkan ziarah untuk di Mesir dan ucapan ribuan terima kasih buat Ustaz sebab sudi bertandang menziarahi kami. Seronok sangat untuk datang..
Ni nak kongsi resepi nasi tomato dulu, resepi asal amik kat youtube dapur bujang. Cuma saya olah2 sikit je..nasiny xnampak merah2, hehe pucat sebb pes tomato habis dah..:( ok
Bahan Nasi Tomato:
1) 7 cup Beras ~ni untuk makan 6 orang
2) 1 ulas bawang besar
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 2 batang serai
6) 1batang kayu manis,3 kuntum bunga lawang, 6 biji buah pelaga, 5 biji cengkih ~ agak2 la kuantiti
7) 3 biji tomato~cincang dadu
8) pes tomato dan sedikit sos cili
9) setengah cawan susu segar
10) perasan dengan garam dan gula
Cara penyediaan:
1) Tumis bahan rempah, bwg besar, putih dan halia sampai naik bau.
2) Masukkan serai dan tomato, tumis sampai layu
3) Masukkan susu, sos cili, pes tomato dan air kemudian perasakan
4) Tuang tumisan kedalam rice cooker yang telah berisi beras yang sudah di basuh
5) Sekiranya kuantiti air kurang, tambah mengikut sukatan beras.
6) Tanak sehingga nasi masak..selalu kene tengok dan kacau, supaya nasi dan rempah masak rata.
Ayam Masak Merah
Bahannya:
-ayam 2 ekor (potong kecil dan goreng separuh masak)
-bawang merah, bawang putih, halia(kisar)
-cili kering (kisar)
-tomato (kisar)
-kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
- sos cili
- gula kabung
-garam dan gula
Caranya
1) tumis rempah dan bahan kisar sampai pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak
3) masukkan gula kabung, garam dan gula
SIAPPPP..
Karipap Rangup dan inti kentang
Sebut je karipap, memg saya suka, suka makan..dulu-dulu suka buat karipap dengan mak..mak la paling rajin buat karipap untuk anak-anak makan..teringat kat mak..nanti balik Malaysia anak mak ni nak buatkan kuih karipap untuk mak..kali ni kuih karipap ummi ada peningkatan sikit mak :) kulit rangup dan inti pon boleh tahan sedapnya..belajar hidup di negara orang, semua kene buat sendiri, nak tak nak memang kene try sampai sedap..siap boleh buat frozen lagi.. alhamdulillah ♡
Bahan untuk kulit karipap rangup:
~ 3cawan tepung gandum
~ 2sudu minyak masak
~ 2sudu marjerin
~ garam
~ sedikit air sejuk
Cara: campur semua bahan kecuali air..gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Rehatkan 30minit di dalam freezer.
Inti karipap
~ 3biji kentang@keledek(buang kulit potong dadu dan rebus seketika)
~ 1biji bawang besar *
~ 1biji bawang putih*
~ setengah genggam bilis dan udang kering*
~ 200 gram daging (cincang)
~ 3 sudu serbuk kari
~ garam dan gula
~ daun sup
Cara: Bland bahan yang bertanda *. Kemudian tumis sehingga kekuningan, masukkan daging. Tumis sehingga air daging kering, masukkan rempah kari.. tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang@keledek yang telah direbus seketika tadi, masukkan garam dan gula,masak sehingga ubi empuk dan kuah kering sedikit. Kuah tidak perlu terlalu banyak kerana menyukarkan untuk dijadikan inti. Last sekali masukkan daun sup dan tutup api.
Sementara menunggu inti sejuk, keluarkan doh yang telah direhatkan tadi, kemudian canaikan. Canai menjadi leper dan acu menggunakan acuan bulat untuk saiz karipap yang sama. Saya guna cawan je, buat siap2 bulat2 senang untuk masukkan inti dan proses mengelim. Apabila inti telah sejuk, masukkan inti kedalam doh yang telah dicanai bulat dan klim keliling doh yang terbuka.. cara nk klim boleh search kat internet. Ulang sampai semua karipap siap.. goreng dengan api sederhana ye..selamat mencuba.
Persiapan menyambut cahaya mata ♥25 mei 2014
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat sihat buat diri ini dan syukur tidak terhingga padaMu ya Rabb, suamiku telah sembuh dari demam dan sakit gatal2 kulitnya..
Hari ini kandunganku telah masuk minggu ke 35, kalau diikutkan tarikh bersalin, lebih kurang sebulan la lagi..jadi segala persiapan perlu dilengkapkan awal memandangkan tidak lama dah nak berjumpa anakanda tersayang..
Ada beberapa barang lagi masih belum dibeli, namun tidak lah banyak..hari inI suamiku bersemangat membasuh baju-baju anak. Baju- baju baru yang dibeli perlu dibasuh untuk menghilangkan bahan2 kimia yang tidak sesuai dengan kulit baby. Jadi suamiku menggalas tanggungjawab membasuh semua pakaian anak..sejak mengandung ni memang suami yang basuh baju..Alhamdulillah suami mithali.. :)
Pakaian-pakaian yang perlu di bawa ke hospital kami persiapkan hari ini juga..mengemas2 barang2 yang hendak di bawa ke hospital termasuk pakaian ibu dan anak.. memandangkan dah 35 minggu kandungan, dinasihatkan untuk prepared awal beg pakaian ke hospital, kerana dalam usia kandungan sekarang, bila2 je boleh beranak. Dah prepared senang, emergency je tarik je beg..xkalut nak kemas sana sini..
Alhamdulillah, persiapan hampir 90%..
Sabtu, 24 Mei 2014
Sepi dunia
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..syukur pada Allah saya masih diberi kesihatan dan kekuatan..
Teknologi yang ada sekarang secanggih mana pon tidak mampu untuk mengembalikan sekiranya tidak meminta kepada sang pencipta..Allhurabbi.
Bercerita tentang teknologi, ada kelebihan dan kemudahanny.. antara dapat mengetahui isu semasa dengan mudah dan segera di samping penghubung dunia antara dunia..
Itulah alat komunikasi saya selama saya berada diperantauan..ada internet tidak lah rasa jauh n sepi dari berita Malaysia terutama berita keluarga. Terasa dekat dan ada didepan mata walaupon hakikatnya jauh beribu batu.
Namun, saya diuji dengan terputusnya talian internet selama xpasti, kini hampir 2hari rasanya bagai 2 tahun kerana sedang saya menulis masih belum lagi disambung talian nya. Sedih...sepi...sunyi...
Hal ini disebabkan kerja2 pembaikan kabel katenya oleh org arab, kami pon tidak pasti yang membaiki terlibat dengan agensi komunikasi atau tidak. Sekiranya tidak, jenuh la kami nak buat repot di center dan belum tentu repot tersebut dipedulikan..sabar, sabar...
Sebelum terputusny talian, en suami kurang sihat. Tiba-tiba badanny gatal2 umpama terkena kelopak garam..satu badan merah dan gatal, syafakallah.. sudah 2 hari bersamaan tiada talian suamiku sakit..hari kedua pula Allah uji dengan en suami sakit2 badan, saya mula risau xtau nk buat apa..malam harinya badan suami terus panas, panas semacam demam urat..risau bertambah, kalau dimalaysia boleh saya bawa ke klinik, tapi mesir ni mana nk dibawanya.. :`(
Keesokkan paginya badan suami masih lagi panas namun gatal2 merah2 pada badan hilang..alhamdulillah..
Hanya mampu en suami berehat dan tidur sahaja untuk melegakan dari demam.
Sedih, sepi, sunyi..terasa diri keseorangan, xde tempat nk mengadu..nak telepon mak talian terputus..nak cari cara mengubati@penjagaan orang demam pon xdapat..Allah sedih sgt.. hanya mampu mengadu padaMu ya Allah..
Ya Allah, sembuhkan lah suamiku, berilah kesihatan tubuh badan padanya, kuatkan semangatnya..jauhi suamimdr sebarang wabak penyakit yang memudaratkan.. berilah kami kesabaran dan Permudahkanlah segala urusan kami ya Allah.
Saya sayang suami saya..cepat sembuh ya..saya sunyi.. ♥ :( ♥
Donut lembut di dalam rangup diluar, senang dibuat
Tepung gandum
Baking powder
Yis kering
Air suam
Minyak masak
Garam dan gula
Cara membuatnya
Satukan tepung, baking powder, garam dan gula..masukkan yis kering ke dalam air suam, tunggu yis kembang. Kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi dan campurkan minyak masak..uli sebati, masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai tepung tidak melekat pada tangan.. rehatkan doh selama 30-sejam..kemudian uli semula 10minit, dan bentukkan.
Goreng dengan api perlahan..angkat dan gaul dengan gula..
Anak Permata
Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara
Menyejukkan mata
Anak ibarat kain putih
Yg suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya
Berilah mereka didikan agama
Kelak bila dewasa jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa
Kepada insan semua
Melenturi buluh biarlah drpd rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yg mulia
Anak-anak cahaya mata anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia akan mengalir doa darinya
Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yg soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa
Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana
Ahad, 18 Mei 2014
Selasa, 6 Mei 2014
Cuaca oh cuaca
Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Diberi kesempatan menikmatan cuaca bermusim di negara timur tengah, musim sejuk, musim bunga, musim panas, dan luruh. 2 musim sudah dilalui..musim panas yang sedang menjengah sedang dilalui, pelbagai cabaran.. panas kering, suhu tinggi, setiap hari tiada elektrik (sejam 2kali sehari) terputus bekalan air sama tempoh bekalan elektrik sangat2 menguji kesabaran..
Karipap serunding
Selalu tiap-tiap pagi, memerah otak fikir nak masak apa untuk breakfast.. jadi hari ini terpikir nak buat karipap inti serunding. Serunding ayam kawan en.suami bagi banyak lagi, jadi boleh dibuat inti.. karipap ni selain kulit, kesedapannya bergantung pada intinya..
JOM buat karipap..
Bahannya:
1) 1cwn tepung
2) 3sudu mentega(dicairkan, saya guna minyak je, sedap juga
3) sedikit garam
4) air sejuk
Caranya:
1) campurkan tepung, mentega cair dan garam di dalam bekas dan uli sebati sehingga tekstur nya mcm serbuk roti
2) kemudian letak air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3) rehatkan doh 15minit
4) canaikan doh dan letak inti serunding dan klim kan dengan rapi
5) goreng karipap dengan api sederhana, kalau panas sangat karipap akan berjerawat :P
Kuih karipap saya ni kekurangan minyak semasa menggoreng, kalau menggoreng bagi karipap tu tenggelam ok.. SELAMAT MENCUBA
Koleksi Barangan Anakanda
Khamis, 1 Mei 2014
MASAK LEMAK CILI PADI TELUR AYAM
Sudah 3-4 hari makan nasi berlauk ayam dan daging. Semalam suami beli telur ayam. Biasa akan goreng dadar jer, sedap dan ringkas. Tapi menu kali walaupun ada santan tapi penyediaannya ringkas dan senang.. ni menu untuk 2orang ye..kalau nak lebih kene pandai adjust la.. ;)
Bahan-bahannya:
1) 2 biji telur ayam ( telur itik pon boleh lagi sedap dan kenyal skit)
2) 1/2 biji bawang besar ( di Mesir ni xde bawang kecil)
3) 1biji bawang putih
4) 1/2 inci halia
5) 1batang serai (diketuk/dititik)
6) 6-7 tangkai cili padi (saya xguna pon, huhu xde cili padi kat Mesir ni. Saya guna cili kering blend je, agak2 nk pedas takat mana)
7) 1/2 kiub ikan bilis ( byk bahan 1/2 sebb masak sikit je)
8) 1/2kotak santan (yg ni senang xsusah2 nak parut kelapa, hihihi)
9) kunyit hidup dan daun kunyit (option la, saya xletak sebab xada, warna masak lemak saya pon dh warna cili merah)
10) 1 asam keping
11) Garam
Cara-caranya:
1) blend bawang besar, bawang putih, halia, cili, dan kunyit hidup
2) kemudian masukkan dalam periuk, masak bahan blend bersama serai , kiub pati ikan bilis dan asam keping
3) masukkan sedikit je santan, kalau masuk semua awal2 takut pecah minyak kan
4) masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau perlahan..api pon kene perlahan ye
5) kemudian masukkan santan pekat tadi dan biarkan mendidih. Kacau sesekali perlahan sehingga telur masak
6) perasakan dengan garam dan letak daun kunyit..
Makan dengan nasi panas sedap..
Saya lupa nak snap gambaq, asyik lupa je ye, lapaq sangat dah tu..
Ni gambaq dari resepi asal zurarahman
http://azurarahman.blogspot.com/2010/12/telur-itik-masak-lemak-cili-api.html