Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Selasa, 6 Mei 2014

Karipap serunding

Selalu tiap-tiap pagi, memerah otak fikir nak masak apa untuk breakfast.. jadi hari ini terpikir nak buat karipap inti serunding. Serunding ayam kawan en.suami bagi banyak lagi, jadi boleh dibuat inti.. karipap ni selain kulit, kesedapannya bergantung pada intinya..
JOM buat karipap..

Bahannya:
1) 1cwn tepung
2) 3sudu mentega(dicairkan, saya guna minyak je, sedap juga
3) sedikit garam
4) air sejuk

Caranya:
1) campurkan tepung, mentega cair dan garam di dalam bekas dan uli sebati sehingga tekstur nya mcm serbuk roti
2) kemudian letak air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3) rehatkan doh 15minit
4) canaikan doh dan letak inti serunding dan klim kan dengan rapi
5) goreng karipap dengan api sederhana, kalau panas sangat karipap akan berjerawat :P

Kuih karipap saya ni kekurangan minyak semasa menggoreng, kalau menggoreng bagi karipap tu tenggelam ok.. SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan