Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Ahad, 25 Mei 2014

Karipap Rangup dan inti kentang

Sebut je karipap, memg saya suka, suka makan..dulu-dulu suka buat karipap dengan mak..mak la paling rajin buat karipap untuk anak-anak makan..teringat kat mak..nanti balik Malaysia anak mak ni nak buatkan kuih karipap untuk mak..kali ni kuih karipap ummi ada peningkatan sikit mak :) kulit rangup dan inti pon boleh tahan sedapnya..belajar hidup di negara orang, semua kene buat sendiri, nak tak nak memang kene try sampai sedap..siap boleh buat frozen lagi.. alhamdulillah ♡

Bahan untuk kulit karipap rangup:
~ 3cawan tepung gandum
~ 2sudu minyak masak
~ 2sudu marjerin
~ garam
~ sedikit air sejuk

Cara: campur semua bahan kecuali air..gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Rehatkan 30minit di dalam freezer.

Inti karipap
~ 3biji kentang@keledek(buang kulit potong dadu dan rebus seketika)
~ 1biji bawang besar *
~ 1biji bawang putih*
~ setengah genggam bilis dan udang kering*
~ 200 gram daging (cincang)
~ 3 sudu serbuk kari
~ garam dan gula
~ daun sup

Cara: Bland bahan yang bertanda *.  Kemudian tumis sehingga kekuningan, masukkan daging. Tumis sehingga air daging kering, masukkan rempah kari.. tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang@keledek yang telah direbus seketika tadi, masukkan garam dan gula,masak sehingga ubi empuk dan kuah kering sedikit. Kuah tidak perlu terlalu banyak kerana menyukarkan untuk dijadikan inti. Last sekali masukkan daun sup dan tutup api.

Sementara menunggu inti sejuk, keluarkan doh yang telah direhatkan tadi, kemudian canaikan. Canai menjadi leper dan acu menggunakan acuan bulat untuk saiz karipap yang sama. Saya guna cawan je, buat siap2 bulat2 senang untuk masukkan inti dan proses mengelim. Apabila inti telah sejuk, masukkan inti kedalam doh yang telah dicanai bulat dan klim keliling doh yang terbuka.. cara nk klim boleh search kat internet. Ulang sampai semua karipap siap.. goreng dengan api sederhana ye..selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan