Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Khamis, 1 Mei 2014

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR AYAM

Sudah 3-4 hari makan nasi berlauk ayam dan daging. Semalam suami beli telur ayam. Biasa akan goreng dadar jer, sedap dan ringkas. Tapi menu kali walaupun ada santan tapi penyediaannya ringkas dan senang.. ni menu untuk 2orang ye..kalau nak lebih kene pandai adjust la.. ;)

Bahan-bahannya:

1) 2 biji telur ayam ( telur itik pon boleh lagi sedap dan kenyal skit)
2) 1/2 biji bawang besar ( di Mesir ni xde bawang kecil)
3) 1biji bawang putih
4) 1/2 inci halia
5) 1batang serai (diketuk/dititik)
6) 6-7 tangkai cili padi (saya xguna pon, huhu xde cili padi kat Mesir ni. Saya guna cili kering blend je, agak2 nk pedas takat mana)
7) 1/2 kiub ikan bilis ( byk bahan 1/2 sebb masak sikit je)
8) 1/2kotak santan (yg ni senang xsusah2 nak parut kelapa, hihihi)
9) kunyit hidup dan daun kunyit (option la, saya xletak sebab xada, warna masak lemak saya pon dh warna cili merah)
10) 1 asam keping
11) Garam

Cara-caranya:

1) blend bawang besar, bawang putih, halia, cili, dan kunyit hidup
2) kemudian masukkan dalam periuk, masak bahan blend bersama serai , kiub pati ikan bilis dan asam keping
3) masukkan sedikit je santan, kalau masuk semua awal2 takut pecah minyak kan
4) masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau perlahan..api pon kene perlahan ye
5) kemudian masukkan santan pekat tadi dan biarkan mendidih. Kacau sesekali perlahan sehingga telur masak
6) perasakan dengan garam dan letak daun kunyit..

Makan dengan nasi panas sedap..

Saya lupa nak snap gambaq, asyik lupa je ye, lapaq sangat dah tu..
Ni gambaq dari resepi asal zurarahman

http://azurarahman.blogspot.com/2010/12/telur-itik-masak-lemak-cili-api.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan