Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Ahad, 25 Mei 2014

Persiapan menyambut cahaya mata ♥25 mei 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat sihat buat diri ini dan syukur tidak terhingga padaMu ya Rabb, suamiku telah sembuh dari demam dan sakit gatal2 kulitnya..

Hari ini kandunganku telah masuk minggu ke 35, kalau diikutkan tarikh bersalin, lebih kurang sebulan la lagi..jadi segala persiapan perlu dilengkapkan awal memandangkan tidak lama dah nak berjumpa anakanda tersayang..

Ada beberapa barang lagi masih belum dibeli, namun tidak lah banyak..hari inI suamiku bersemangat membasuh baju-baju anak.  Baju- baju baru yang dibeli perlu dibasuh untuk menghilangkan bahan2 kimia yang tidak sesuai dengan kulit baby. Jadi suamiku menggalas tanggungjawab membasuh semua pakaian anak..sejak mengandung ni memang suami yang basuh baju..Alhamdulillah suami mithali.. :)

Pakaian-pakaian yang perlu di bawa ke hospital kami persiapkan hari ini juga..mengemas2 barang2 yang hendak di bawa ke hospital termasuk pakaian ibu dan anak.. memandangkan dah 35 minggu kandungan, dinasihatkan untuk prepared awal beg pakaian ke hospital, kerana dalam usia kandungan sekarang, bila2 je boleh beranak. Dah prepared senang, emergency je tarik je beg..xkalut nak kemas sana sini..

Alhamdulillah, persiapan hampir 90%..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan