Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Isnin, 26 Mei 2014

Kuih kasturi @ kacang

Kuih ini antarakuih tradisional, tapi xpasti dr bangsa, keturunan apa..rasenye seperti mssyarakat india. kecik-kecik dulu mak suka buat kuih ni untuk kami. Asalny buat bubur kacang, dan bila xhabis mak buatkan kuih kasturi ni supaya xmembazir. Alhamdulillah kami suka dan inilah kali pertama saya buat kuih ni..

Resepi kuih kasturi@kacang

1cawan Kacang hijau(rebus bagi empuk)
3 sudu tepung gandum
1/2cawan kelapa parut
2 sudu gula merah
3 sudu gula (ikut citarasa masing2)

Campur kesemua bahan dan bentukkan bulat leper

Tepung untuk menggoreng
1cwn tepung gandum
2sudu tepung jagung
Sedikit garam
Air sejuk untuk bnacuhan

Campur semua bahan, mSukkan air sedikit demi sedikit..adunan tepung mesti tidak terlampau cair ye.. celupkan kuih yg telah dibentuk dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Gambar yg saya sertakan tu saya goreng separa garing untuk difrozenkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan