Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Ahad, 25 Mei 2014

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

Menu untuk tetamu jauh dari Malaysia, Alfadhil Ustaz Zulkifli bin Ismail. Gambaq xsempat nk snap yg siap hias, ni yg dlm periuk je, ok la kan..nasi pon xsempat snap..

Alhamdulillah, dapat masakkan untuk Tuan Guru dan anak2 muridnya.. Mg Allah permudahkan ziarah untuk di Mesir dan ucapan ribuan terima kasih buat Ustaz sebab sudi bertandang menziarahi kami. Seronok sangat untuk datang..

Ni nak kongsi resepi nasi tomato dulu, resepi asal amik kat youtube dapur bujang. Cuma saya olah2 sikit je..nasiny xnampak merah2, hehe pucat sebb pes tomato habis dah..:( ok

Bahan Nasi Tomato:

1) 7 cup Beras ~ni untuk makan 6 orang
2) 1 ulas bawang besar
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 2 batang serai
6) 1batang kayu manis,3 kuntum bunga lawang, 6 biji buah pelaga, 5 biji cengkih ~ agak2 la kuantiti
7) 3 biji tomato~cincang dadu
8) pes tomato dan sedikit sos cili
9) setengah cawan susu segar
10) perasan dengan garam dan gula

Cara penyediaan:
1) Tumis bahan rempah, bwg besar, putih dan halia sampai naik bau.
2) Masukkan serai dan tomato, tumis sampai layu
3) Masukkan susu, sos cili, pes tomato dan air kemudian perasakan
4) Tuang tumisan kedalam rice cooker yang telah berisi beras yang sudah di basuh
5) Sekiranya kuantiti air kurang, tambah mengikut sukatan beras.
6) Tanak sehingga nasi masak..selalu kene tengok dan kacau, supaya nasi dan rempah masak rata.

Ayam Masak Merah

Bahannya:
-ayam 2 ekor (potong kecil dan goreng separuh masak)
-bawang merah, bawang putih, halia(kisar)
-cili kering (kisar)
-tomato (kisar)
-kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
- sos cili
- gula kabung
-garam dan gula

Caranya
1) tumis rempah dan bahan kisar sampai pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak
3) masukkan gula kabung, garam dan gula
SIAPPPP..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan