Catatan Kehidupan

Segala pengalaman dan kenangan di kongsi bersama untuk tatapan anak-anak masa akan datang

Khamis, 26 Jun 2014

Rendang pemberian orang

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hari ni genap kandungan saya 9bulan..menghitung hari je sekarang ini.. tinggal 10 hari lagi nak bertemu permata hati yang selalu menendang2 di dalam perut..rindu mahu berjumpa..

Semakin hari semakin berat rasa perut ni..tidur pon xbegitu lena..kerja-kerja rumah pon terasa berat nak dilakukan..apa2 pon hujung2 bulan ni doktor nasihat kene banyak exercise dan berjalan..walaupon rase xlarat n letih namun kene gagah kan diri untuk lakukan juga..Ya Allah berilah aku semangat dan kekuatan untuk menempuhi saat2 ini..

Hari ini makan tengahari lewat sikit, jam 5.30 petang baru siap masak dan makan..dan Alhamdulillah nak cerita kat sini sebenarnya rezeki hari ini, ada orang bagi rendang plak..rase seronok sangat bila dengar suami kate ada orang nak bagi rendang ayam.. wah, yeke.. lama sangat xmakan rendang ni.. tau x siapa yang masak rendang ayam tu, chef nyer bakal doktor dan lelaki..haaa... orang lelaki kalau pandai masak memang sedap..ternyata rendang yang diberi tu sedap sangat..sedap...sehingga tambah nasi 2 kali..hehe

Chef khairul syazwan namanya, xlame lg nak bina masjid lepas syawal ni.. Alhamdulillah moga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..terima kasih doktor syazwan..

Baby dalam perut ni melompat2 seronok makan rendang pakcik..hihihi actually saya sendiri pon xteror sangat masak rendang, kene tengok resepi kat internet baru boleh masak, itu pon kalau menjadi..hehe practice make perfect..jarang masak rendang biasa la, semua ini alasan... :P

Apa2 pon raya tahun ni walaupon xdapat makan n masak rendang, dah terubat la, makan rendang awal..Alhamdulillah. ..
Ok..itu je nak cerita..seronok rendang sedap..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA.. (xpuasa la saya dalam pantang..mg khir semua InsyaAllah)

Sabtu, 14 Jun 2014

Selawat..

Salallah ala muhammad by Zafir Zakaria on SoundCloud - http://soundcloud.com/zafir-zakaria/salallah-ala-muhammad

Khamis, 12 Jun 2014

Malam nisfu syaaban

Hari ini 12 jun malam nisfu syaaban..en suami pergi program bersama sahabat2 nya di Masjid Hussien. Program nisfu bersama Habib Ali Al-Jufri..seronoknya.. teringin sangat tengok, menatap wajah keturunan Rasulullah.. Namun tiada rezekiku untuk hadir bersama. En suami je yg pergi program.. sedih sangat hati ini, sayu menangis..namun apakan daya en suami risaukan khuatir saya letih, en suami mengambil keputusan supaya saya rehat je di rumah.. sedih, sedih..tiada rezeki, tiada kesempatan untuk hadir..tidak mengapalah ada hikmahnya..

Zikir dan doa di rumah..mohon agar kesempatan ini diberikan kepada diri yang hina ini, yg banyak kekurangan untuk menatap wajah keturunan Rasulullah pada masa akan datang... Allahuakbar.. :( di bawah ini sedikit tulisan berkaitan malam nisfu syaaban..

Malam Nisfu Sya'ban -
Sebuah Pandangan oleh Sidi Abdullah Bin al-Siddiq al-GhumariAl-Hafiz Al-Muhaddits Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Siddiq Al-Ghumari Rahimahullah Taala merupakan salah seorang tokoh ulama’ Maghribi yang bermazhab aqidah Asy’ari dan fiqh Maliki. Beliau yang juga merupakan seorang tokoh sufi telah banyak menyumbang jasa terhadap dunia Islam melalui karya-karya ilmiahnya dalam pelbagai bidang ilmu. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang hadis menjadikan hampir kesemua tulisan beliau dipenuhi nas-nas nabawi. Selain itu, kefaqihan beliau juga dapat kita lihat dalam metod beliau bertaamul dengan nas-nas tersebut.Salah satu tulisan beliau yang wajar diketengahkan adalah kitab Husnul Bayan Fi Laylatin Nisfi Min Sya’ban, yang menghuraikan berkenaan·

Sejarah permulaan sambutan nisfu Sya’ban· amalan-amalan yang dianjurkan pada malam hari tersebut· Hadis berkenaan kelebihan malam nisfu Sya’ban· Berkenaan doa yang dikhususkan pada malam tersebut· Berkenaan solat yang dikhususkan padanya· KesimpulanSebahagian terjemahan kitab…Sambutan malam nisfu Sya’ban mula diadakan oleh para tabiin dari ahli Negeri Syam seperti Khalid Bin Ma’dan, Makhul, Luqman Bin Amir dan selainnya. Mereka memuliakan malam tersebut dan beribadah dengan bersungguh-sungguh padanya. Dikatakan bahawa telah sampai kepada mereka sebuah riwayat israiliyyah berkenaan perkara tersebut. Kemudian orang ramaipun mengikuti perbuatan mereka dan sambutan ini menjadi masyhur. Dan terjadi perbezaan pendapat ulama’ berkaitan hal ini.Satu kumpulan ahli ibadah dari Basroh bersetuju dengan pendapat ahli Syam dalam membesarkan malam tersebut.

Adapun kebanyakan ulama Hijaz mengingkari perbuatan tersebut bahkan membid’ahkannya. Antara ulama tersebut adalah Atho’, Ibn Abi Malikah dan fuqoha’ Madinah, ini juga merupakan pendapat Ashab Imam Malik. Ibn Waddhah meriwayatkan dari Zaid Bin Aslam, beliau berkata: “Kami tidak menemui seorangpun dari masyayikh dan fuqoha’ -di Madinah- yang berpendapat boleh menyambutmalam nisfu Sya’ban, dan mereka juga tidak mengambil hadis Makhul. Mereka juga tidak berpendapat bahawa malam tersebut mmpunyai kelebihan berbanding selainnya.”Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.

Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :Quoteعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapatkepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.Seterusnya,Quoteعن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.Seterusnya,Quoteعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوب[10:57AM, 6/12/2014] PRKBR Us Nasir: الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akanmelepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.Kesimpulannya :Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.Sumber :Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.Nik Bakri: ambo al faqir nik bakri susun jari 10 minta maaf mita ampun kpd semua sahabat2 dlm group ni. اللهم اغفرلنا

https://www.facebook.com/nik.bakri.5/posts/619959364766255?fref=nf

Selasa, 10 Jun 2014

Pizza daging dan aiskrim vanilla

Assalamualaikum...bukan nak bagi resepi.. :P

Alhamdulillah, hari ni dah masuk minggu ke 37 baby dalam rahim ni..kepala baby pon dah pusing ke bawah
Esok akan ada appointment dgn doc untuk scan lagi kedudukan baby dan check hb..

Dan Alhamdulillah juga hari ni tiba-tiba rase nak makan pizza. Actually dari semalam lagi nak makan tapi kesian kat suami nak pergi beli dan bukan murah pizza ni, buat sendiri lagi jimat tapi oven xde.. huhuhu

Asalnya xsamp hati nak bagitau en suami kata nak makan pizza, tapi takut nantI masa pantang keinginan ini menjadi2, lebih baik bagi tau, lagi pon en suami kata nak keluar hari ini beli barang dapur, jadi saya pon menyampaikan lah hajat di hati.

Alhamdulillah, malamnya en suami keluar dan balik membawa pizza + aiskrim+ mangga..wah, best sangat!.. seronok xterkata. Apa lagi makan aiskrim dulu lah..aiskrim makanan yang saya suka lagi2 time pregnant ni, tapi oleh kerana nasihat doc xbgi makan manis2, boleh dikira la saya makan aiskrim start dr pregnant.. rasenya 3kali kot..huhu

Alhamdulillah semua ni nikmat yang Allah berikan..malam tu kenyang makan pizza, saya xbanyak pon makan, 1 1/2 slice je, lebihnya en suami yang makan dan kawan2 en suami yg kebetulan datang ke rumah..memg pregnant ni saya xbanyak makan, makan sikit dah kenyang..doc kate makan sikit dan kerap, maksudnya selang 2jam kene makan. Tapi saya x, memg kenyang je, klu lapar pon makan yang ringan2 dah kenyang. Kira makan makanan berat 2kali sehari, Alhamdulillahsetakat ni mencukupi untuk diri dan anak..InsyaAllah. .

Alhamdulillah sekali lagi.. :D picture pizza xsempat nk snap yg penuh, snap separuh yang tinggal..aiskrim memg xsempat langsung, aiskrim kon je pon.. ok wassalam..

Selasa, 27 Mei 2014

Mengemas dan melipat last part..♥

Semalam en suami dah penat membasuh baju anak, sekarang giliran saya untuk mengemas, melipat dan mengiron baju. Alhamdulillah, selesai juga.. seronok bila tengok baju anak yang dah siap dilipat, tinggal nk masukkan dalam beg n almari je..yg masuk beg tu untuk di bawa ke hospital..

Isnin, 26 Mei 2014

Kuih kasturi @ kacang

Kuih ini antarakuih tradisional, tapi xpasti dr bangsa, keturunan apa..rasenye seperti mssyarakat india. kecik-kecik dulu mak suka buat kuih ni untuk kami. Asalny buat bubur kacang, dan bila xhabis mak buatkan kuih kasturi ni supaya xmembazir. Alhamdulillah kami suka dan inilah kali pertama saya buat kuih ni..

Resepi kuih kasturi@kacang

1cawan Kacang hijau(rebus bagi empuk)
3 sudu tepung gandum
1/2cawan kelapa parut
2 sudu gula merah
3 sudu gula (ikut citarasa masing2)

Campur kesemua bahan dan bentukkan bulat leper

Tepung untuk menggoreng
1cwn tepung gandum
2sudu tepung jagung
Sedikit garam
Air sejuk untuk bnacuhan

Campur semua bahan, mSukkan air sedikit demi sedikit..adunan tepung mesti tidak terlampau cair ye.. celupkan kuih yg telah dibentuk dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Gambar yg saya sertakan tu saya goreng separa garing untuk difrozenkan.

Ahad, 25 Mei 2014

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

Menu untuk tetamu jauh dari Malaysia, Alfadhil Ustaz Zulkifli bin Ismail. Gambaq xsempat nk snap yg siap hias, ni yg dlm periuk je, ok la kan..nasi pon xsempat snap..

Alhamdulillah, dapat masakkan untuk Tuan Guru dan anak2 muridnya.. Mg Allah permudahkan ziarah untuk di Mesir dan ucapan ribuan terima kasih buat Ustaz sebab sudi bertandang menziarahi kami. Seronok sangat untuk datang..

Ni nak kongsi resepi nasi tomato dulu, resepi asal amik kat youtube dapur bujang. Cuma saya olah2 sikit je..nasiny xnampak merah2, hehe pucat sebb pes tomato habis dah..:( ok

Bahan Nasi Tomato:

1) 7 cup Beras ~ni untuk makan 6 orang
2) 1 ulas bawang besar
3) 2 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 2 batang serai
6) 1batang kayu manis,3 kuntum bunga lawang, 6 biji buah pelaga, 5 biji cengkih ~ agak2 la kuantiti
7) 3 biji tomato~cincang dadu
8) pes tomato dan sedikit sos cili
9) setengah cawan susu segar
10) perasan dengan garam dan gula

Cara penyediaan:
1) Tumis bahan rempah, bwg besar, putih dan halia sampai naik bau.
2) Masukkan serai dan tomato, tumis sampai layu
3) Masukkan susu, sos cili, pes tomato dan air kemudian perasakan
4) Tuang tumisan kedalam rice cooker yang telah berisi beras yang sudah di basuh
5) Sekiranya kuantiti air kurang, tambah mengikut sukatan beras.
6) Tanak sehingga nasi masak..selalu kene tengok dan kacau, supaya nasi dan rempah masak rata.

Ayam Masak Merah

Bahannya:
-ayam 2 ekor (potong kecil dan goreng separuh masak)
-bawang merah, bawang putih, halia(kisar)
-cili kering (kisar)
-tomato (kisar)
-kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih
- sos cili
- gula kabung
-garam dan gula

Caranya
1) tumis rempah dan bahan kisar sampai pecah minyak
2) masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak
3) masukkan gula kabung, garam dan gula
SIAPPPP..

Karipap Rangup dan inti kentang

Sebut je karipap, memg saya suka, suka makan..dulu-dulu suka buat karipap dengan mak..mak la paling rajin buat karipap untuk anak-anak makan..teringat kat mak..nanti balik Malaysia anak mak ni nak buatkan kuih karipap untuk mak..kali ni kuih karipap ummi ada peningkatan sikit mak :) kulit rangup dan inti pon boleh tahan sedapnya..belajar hidup di negara orang, semua kene buat sendiri, nak tak nak memang kene try sampai sedap..siap boleh buat frozen lagi.. alhamdulillah ♡

Bahan untuk kulit karipap rangup:
~ 3cawan tepung gandum
~ 2sudu minyak masak
~ 2sudu marjerin
~ garam
~ sedikit air sejuk

Cara: campur semua bahan kecuali air..gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Rehatkan 30minit di dalam freezer.

Inti karipap
~ 3biji kentang@keledek(buang kulit potong dadu dan rebus seketika)
~ 1biji bawang besar *
~ 1biji bawang putih*
~ setengah genggam bilis dan udang kering*
~ 200 gram daging (cincang)
~ 3 sudu serbuk kari
~ garam dan gula
~ daun sup

Cara: Bland bahan yang bertanda *.  Kemudian tumis sehingga kekuningan, masukkan daging. Tumis sehingga air daging kering, masukkan rempah kari.. tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang@keledek yang telah direbus seketika tadi, masukkan garam dan gula,masak sehingga ubi empuk dan kuah kering sedikit. Kuah tidak perlu terlalu banyak kerana menyukarkan untuk dijadikan inti. Last sekali masukkan daun sup dan tutup api.

Sementara menunggu inti sejuk, keluarkan doh yang telah direhatkan tadi, kemudian canaikan. Canai menjadi leper dan acu menggunakan acuan bulat untuk saiz karipap yang sama. Saya guna cawan je, buat siap2 bulat2 senang untuk masukkan inti dan proses mengelim. Apabila inti telah sejuk, masukkan inti kedalam doh yang telah dicanai bulat dan klim keliling doh yang terbuka.. cara nk klim boleh search kat internet. Ulang sampai semua karipap siap.. goreng dengan api sederhana ye..selamat mencuba.

Persiapan menyambut cahaya mata ♥25 mei 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat sihat buat diri ini dan syukur tidak terhingga padaMu ya Rabb, suamiku telah sembuh dari demam dan sakit gatal2 kulitnya..

Hari ini kandunganku telah masuk minggu ke 35, kalau diikutkan tarikh bersalin, lebih kurang sebulan la lagi..jadi segala persiapan perlu dilengkapkan awal memandangkan tidak lama dah nak berjumpa anakanda tersayang..

Ada beberapa barang lagi masih belum dibeli, namun tidak lah banyak..hari inI suamiku bersemangat membasuh baju-baju anak.  Baju- baju baru yang dibeli perlu dibasuh untuk menghilangkan bahan2 kimia yang tidak sesuai dengan kulit baby. Jadi suamiku menggalas tanggungjawab membasuh semua pakaian anak..sejak mengandung ni memang suami yang basuh baju..Alhamdulillah suami mithali.. :)

Pakaian-pakaian yang perlu di bawa ke hospital kami persiapkan hari ini juga..mengemas2 barang2 yang hendak di bawa ke hospital termasuk pakaian ibu dan anak.. memandangkan dah 35 minggu kandungan, dinasihatkan untuk prepared awal beg pakaian ke hospital, kerana dalam usia kandungan sekarang, bila2 je boleh beranak. Dah prepared senang, emergency je tarik je beg..xkalut nak kemas sana sini..

Alhamdulillah, persiapan hampir 90%..

Sabtu, 24 Mei 2014

Sepi dunia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur pada Allah saya masih diberi kesihatan dan kekuatan..
Teknologi yang ada sekarang secanggih mana pon tidak mampu untuk mengembalikan sekiranya tidak meminta kepada sang pencipta..Allhurabbi.

Bercerita tentang teknologi, ada kelebihan dan kemudahanny.. antara dapat mengetahui isu semasa dengan mudah dan segera di samping penghubung dunia antara dunia..
Itulah alat komunikasi saya selama saya berada diperantauan..ada internet tidak lah rasa jauh n sepi dari berita Malaysia terutama berita keluarga.  Terasa dekat dan ada didepan mata walaupon hakikatnya jauh beribu batu.

Namun, saya diuji dengan terputusnya talian internet selama xpasti, kini hampir 2hari rasanya bagai 2 tahun kerana sedang saya menulis masih belum lagi disambung talian nya. Sedih...sepi...sunyi...
Hal ini disebabkan kerja2 pembaikan kabel katenya oleh org arab, kami pon tidak pasti yang membaiki terlibat dengan agensi komunikasi atau tidak. Sekiranya tidak, jenuh la kami nak buat repot di center dan belum tentu repot tersebut dipedulikan..sabar, sabar...

Sebelum terputusny talian, en suami kurang sihat. Tiba-tiba badanny gatal2 umpama terkena kelopak garam..satu badan merah dan gatal, syafakallah.. sudah 2 hari bersamaan tiada talian suamiku sakit..hari kedua pula Allah uji dengan en suami sakit2 badan, saya mula risau xtau nk buat apa..malam harinya badan suami terus panas, panas semacam demam urat..risau bertambah, kalau dimalaysia boleh saya bawa ke klinik, tapi mesir ni mana nk dibawanya.. :`(
Keesokkan paginya badan suami masih lagi panas namun gatal2 merah2 pada badan hilang..alhamdulillah..
Hanya mampu en suami berehat dan tidur sahaja untuk melegakan dari demam.

Sedih, sepi, sunyi..terasa diri keseorangan, xde tempat nk mengadu..nak telepon mak talian terputus..nak cari cara mengubati@penjagaan orang demam pon xdapat..Allah sedih sgt.. hanya mampu mengadu padaMu ya Allah..

Ya Allah, sembuhkan lah suamiku, berilah kesihatan tubuh badan padanya, kuatkan semangatnya..jauhi suamimdr sebarang wabak penyakit yang memudaratkan.. berilah kami kesabaran dan Permudahkanlah segala urusan kami ya Allah.
Saya sayang suami saya..cepat sembuh ya..saya sunyi.. ♥ :( ♥

Donut lembut di dalam rangup diluar, senang dibuat

Tepung gandum
Baking powder
Yis kering
Air suam
Minyak masak
Garam dan gula

Cara membuatnya
Satukan tepung, baking powder, garam dan gula..masukkan yis kering ke dalam air suam, tunggu yis kembang. Kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi dan campurkan minyak masak..uli sebati, masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai tepung tidak melekat pada tangan.. rehatkan doh selama 30-sejam..kemudian uli semula 10minit, dan bentukkan.

Goreng dengan api perlahan..angkat dan gaul dengan gula..

Anak Permata

Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara
Menyejukkan mata
Anak ibarat kain putih
Yg suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama
Kelak bila dewasa jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa
Kepada insan semua

Melenturi buluh biarlah drpd rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yg mulia
Anak-anak cahaya mata anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yg soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa
Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga

Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana

Selasa, 6 Mei 2014

Cuaca oh cuaca

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Diberi kesempatan menikmatan cuaca bermusim di negara timur tengah, musim sejuk, musim bunga, musim panas, dan luruh. 2 musim sudah dilalui..musim panas yang sedang menjengah sedang dilalui, pelbagai cabaran.. panas kering, suhu tinggi, setiap hari tiada elektrik (sejam 2kali sehari) terputus bekalan air sama tempoh bekalan elektrik sangat2 menguji kesabaran..

Karipap serunding

Selalu tiap-tiap pagi, memerah otak fikir nak masak apa untuk breakfast.. jadi hari ini terpikir nak buat karipap inti serunding. Serunding ayam kawan en.suami bagi banyak lagi, jadi boleh dibuat inti.. karipap ni selain kulit, kesedapannya bergantung pada intinya..
JOM buat karipap..

Bahannya:
1) 1cwn tepung
2) 3sudu mentega(dicairkan, saya guna minyak je, sedap juga
3) sedikit garam
4) air sejuk

Caranya:
1) campurkan tepung, mentega cair dan garam di dalam bekas dan uli sebati sehingga tekstur nya mcm serbuk roti
2) kemudian letak air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3) rehatkan doh 15minit
4) canaikan doh dan letak inti serunding dan klim kan dengan rapi
5) goreng karipap dengan api sederhana, kalau panas sangat karipap akan berjerawat :P

Kuih karipap saya ni kekurangan minyak semasa menggoreng, kalau menggoreng bagi karipap tu tenggelam ok.. SELAMAT MENCUBA

Koleksi Barangan Anakanda

Pakaian anak-anak/ baby ni memang comel dan cute. Semua benda rase nak beli. Nasib la saya tidak pegang duit, kalau tidak habis di borongnya.. Alhamdulillah kelengkapan yang dibeli hampir 80% ada untuk anakanda tersayang. Tidak sabar menanti kehadiranmu wahai permata hatiku..

Antara barangan yang dibeli,saya tidak upload semua..
 ni selimut mickey
 towel ben10
salah satu baju yang di beli

barangan lain yang dibeli xdapat nak upload sebab camera tab tak boleh link dgn laptop,kenapa ntah.. nak upload terus dr tap pon tak boleh..huhu suprise kot..hehe

yang bawah ni plak baju2 yang di beli oleh makcik2 dan tok aka embah lanang(hehe) anakanda dari malaysia








Terima kasih embah lanang, bibik Jilah dan Mak Lang Faridah sebab belikan baju anakanda...
Doakan anakanda sihat dan selamat dilahirkan, kita jumpa nnt di Malaysia..mungkin baju-baju ni dah xmuat.. rindu semua orang Malaysia :)

Khamis, 1 Mei 2014

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR AYAM

Sudah 3-4 hari makan nasi berlauk ayam dan daging. Semalam suami beli telur ayam. Biasa akan goreng dadar jer, sedap dan ringkas. Tapi menu kali walaupun ada santan tapi penyediaannya ringkas dan senang.. ni menu untuk 2orang ye..kalau nak lebih kene pandai adjust la.. ;)

Bahan-bahannya:

1) 2 biji telur ayam ( telur itik pon boleh lagi sedap dan kenyal skit)
2) 1/2 biji bawang besar ( di Mesir ni xde bawang kecil)
3) 1biji bawang putih
4) 1/2 inci halia
5) 1batang serai (diketuk/dititik)
6) 6-7 tangkai cili padi (saya xguna pon, huhu xde cili padi kat Mesir ni. Saya guna cili kering blend je, agak2 nk pedas takat mana)
7) 1/2 kiub ikan bilis ( byk bahan 1/2 sebb masak sikit je)
8) 1/2kotak santan (yg ni senang xsusah2 nak parut kelapa, hihihi)
9) kunyit hidup dan daun kunyit (option la, saya xletak sebab xada, warna masak lemak saya pon dh warna cili merah)
10) 1 asam keping
11) Garam

Cara-caranya:

1) blend bawang besar, bawang putih, halia, cili, dan kunyit hidup
2) kemudian masukkan dalam periuk, masak bahan blend bersama serai , kiub pati ikan bilis dan asam keping
3) masukkan sedikit je santan, kalau masuk semua awal2 takut pecah minyak kan
4) masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau perlahan..api pon kene perlahan ye
5) kemudian masukkan santan pekat tadi dan biarkan mendidih. Kacau sesekali perlahan sehingga telur masak
6) perasakan dengan garam dan letak daun kunyit..

Makan dengan nasi panas sedap..

Saya lupa nak snap gambaq, asyik lupa je ye, lapaq sangat dah tu..
Ni gambaq dari resepi asal zurarahman

http://azurarahman.blogspot.com/2010/12/telur-itik-masak-lemak-cili-api.html

Khamis, 24 April 2014

Shopping Baju Anak

Alhamdulillah Allah beri kesempatan berjalan2 di bumi Mesir untuk mencari keperluan cahaya mata kami..
Lepas je solat maghrib, en suami tiba-tiba suruh saya bersiap..en suami suka buat kejutan, katanya nak bawa jalan2 cari baju anak.

Alhmdulillah dalam hati tu berbunga2 seronok xtau nak kata la.. jalan2 cari baju anak, siapa yang xseronok.. :D
Saya pin terus bersiap dan kami pergi ke satu tempat yang diberi nama SARAQ MALL.. perjalanan lebih kurang 15minit naik teksi LE25..LE 25 lebih kurang rm13 la tambangnya.. erm mahal gak..

Sampai ja, kami pon tercari2 kedai baju baby dalam SARAQ MALL tu, kat situ banyak kedai2 gajet..cari punya cari yang ad baju kanak2 ja, baju baby tidak ada..penat juga menapak, kesian kt en suami, pening dibuatnya..kwn en suami yang beritahu ada kedai barangan baby, murah-murah katenya..masa tengah pusing-pusing terserempak dengan kawan en suami org Russia..dia kata dulu memg banyak kedai baju baby, sekarang tak tahu mana kedai2 tu pergi.. :(

Kami pon buat keputusan keluar dari Mall tersebut..jalan2 luar Mall rupanya ada 3-4 kedai barang2 baby.. Alhmdulillah..
Banyak juga barangan jualanny, bermula dari pakaian sampai la toiletries pon ada..kira lengkap la.. tapi harga boleh tahan..huhuhu

Kami survay2 2-3 kedai.. alhmdulillah ada la beberapa barang yang kami beli untuk cahaya mata kami..
Habis je bershopping, kami terus balik sebab dah lewat malam..
Nanti saya sambung lagi cerita membelibelah ni ye...

Rabu, 23 April 2014

Laksa ala Mesir :D

Sejak bermusafir di Mesir ni, xpernah lagi jumpa orang Mesir jual laksa..hihi :P Memang la kan, sebab laksa bukan makanan orang Mesir.
Makanan laksa ni adalah makanan orang cina..

Saya ada terbaca dalam blog ni
http://awinepulz.wordpress.com/2012/05/12/asal-usul-laksa/
Saya malas nak tulis semula..hehe jadi nak tau lebih lanjut buka blog sahabat kita ni.

Ni cara laksa ala Mesir, guna bahan mana yang ada sebab xsemua bahan2 yang ada di Malaysia ada juga di Mesir

Bahan-bahan :

-Laksa basah/kering (kering rebus la ye, ala Mesir plak guna mee spegetti yang panjang tu, orang Mesir xjual laksa mentah, kalau ada pon kedai runcit orang melayu tapi harga dua kali ganda la)
-Cili kering ( stok bawa dari Malaysia)*
-bawang besar*
-bawang putih*
-asam keping ( bawa dari Malaysia)
-sardin tin
-timun, bawang besar, cili merah, limau nipis (bahan tambahan untuk ulaman laksa, semua ada dijual di Mesir)
-blend kan bahan bertanda*

Cara2 nya ialah:
-masak bahan yang diblend bersama asam keping kemudian masukkan sardin yang telah di blend ke dalam masakan cili tadi.. senang kan..
-hidang bersama speggeti dan ulaman laksa

Perasan x apa yang xde? Daun kesum dan bunga kantan xde kan..hehe
Walaupon xde tetap rase laksa juga walaupon xsama seperti yang asal. Asal dapat lepaskan mengidam laksa dinegara orang..Alhmdulillah. ..♥♥

Selasa, 22 April 2014

Coretan saat musafir

Teringin nk berblog lame dah, tapi xrajin nk update. Dulu dah ada blog tapi terbengkalai macam tu je.
InsyaAllah,  dalam blog ni, saya akan kongsikan cerita saya bermusafir di negara orang, pengLaman menjadi suri rumah sepenuh masa, mencari ilmu bersama en suami dan macam-macam lagi.

Tujuan berblog ni juga nak menyimpan memori-memori indah sebelum kahwin, selepas, dan akan datang..InsyaAllah untuk tatapan anak2 n cucu2 cicit2 akan datang.. ♥♥♥♥

~Pitam tiba-tiba~

Hari ini rutin biasa, en suami pergi pejabat, saya dok kat rumah. Sejurus je en suami pergi, saya berehat kejap dalam bilik membaca wirid pagi harian yang disarankan oleh suami. Habis je wirid, buka kejap tab search pasal set bersalin kalau xsilap, xtengok mana yang terbaik dan murah. Nampak gayany set bersalin affiat yabg disarankan k.ana ramli murah dan nampak lengkap skit. Berkenan yang tu dah.. :D

Around 15minit camtu la dok search internet.. kemudian baru la p dapur cuci pinggan mangkuk periuk belanga yang tergendala semalam.heee.. then masak nasik 2pot, al maklum 2org je dalam rumah, 2pot tu cukup sampai malam. Alhamdulillah...

Habis je tanak nasi, pakai rice cooker, tinggal je la kan, ambik wuduk niat nk solat zohor. Rase termengah-mengah juga habis je ambik wuduk. Jadi buat keputusan rehat duduk bersandar kejap sambil berwhatsapp adik ipar. Whatsapp kirim baju baby..huhu, shopping dr jauh, minta tlg adik ipar yang shoppingkan.

Tiba-tiba en suami call, terus bangun n capai telefon yang sedang dicharge..habis je bual dgn en suami, en.suami bagitau nak balik dh dari pejabat, begitu la selalu sebelum en suami balik, akan telefon dlu.. masa nk tamatkan perbualan telefon tu dah rase berdebar-debar, kenapa ni, nk kate penat xde sgt, then rase nk pitam pening semua ada, siap pegang dinding sebelah. Yelah takut jatuh gedebuk, risau anak dalam perut ni la..last2 jatuh juga, pitam..tapi xla jatuh gedebuk, jatuh sopan gitu..samp terbaring, ucapan yang keluar kat mulut Allahuakbar..itu je la ingat..then cuba bangun tapi x larat..

Cube untuk telefon en suami, tapi xberangkat..kuat kan diri juga untuk bangun dan baring di sisi katil. Kepala rase pusing-pusing lagi, rase xlarat sangat..terasa ingin dipicit-picit kepala, berangin, cube untuk keluarkan angin sendiri, tiba rase nak muntah, then terus termuntah kat katil, aduh... habis cadar.

Saya terus bangun ambik kain lap, muntah sekali lagi, dan kali ni memg muntah banyak. Tapi isi nya air n biskut je.. lepas muntah rase lega, tp badan lemah sangat..saya pon gagahkan diri basuh muntah n kumpul kain2 yang terkena muntah. Terus berehat lebih kurang 15minit..teringat xsolat lagi, gagahkan juga diri amik wuduk dan solat..selepas tu suami pon balik n cerita kat en suami. Kesian saya, buat en suami risau, muka kerisauanny nmpak sangat.."maafkan ummi abang selalu buat abang risau"

Kami menjangkakan, pitam berpunca dari hb yang rendah..ibu mengandung memg sgt2 kene jaga hb.. Alhmdulillah esoknya memg nk jumpa Dr. Hanaa..akan diadukan perkara ini dan mencari jalan penyelesaianny.. mg Allah pemudahakan n beri kesihatan kepada saya, baby dan juga en.suami :) ♡

Resepi Daging goreng kunyit =)

Maaf post yang ni xsempat nk snap gambaq..nnt masak lg saya snap ye..
Daging goreng kunyit. Simple dan sedap makan dengan nasi panas-panas. Menu untuk tingkatkan bacaan hb.hehe (daging)

Bahan-bahan:
Daging segar hiris nipis (kuantiti terpulang)
Bawang besar, putih (mayang)
Halia
Cili merah/hijau
Kacang panjang/ buncis
Sedikit serbuk kunyit
Lada hitam
Garam
Sos tiram
Kicap

Cara penyediaan:
Panaskan kuali, masuk hirisan daging. Masak daging yang dah diperap dwngan kunyit n garam, sampai air daging kering, then letak minyak sedikit untuk menggoreng.
Nampak daging dh masak ndan garing sedikit, masukkan bawang, cili dan halia. Goreng sebentar, kemudian masukkan kacang dan tumis sekejap, masukkan sos tiram, lada hitam dan kicap. Rase kering sangat, letak air sikit.. sedia untuk dihidang..selamat mencuba..sedap makan panas-panas.

Resepi asal diblog ini, saya tokok tambah bagi lagi kawkawkaw.. ;)

http://ayiewiyah.blogspot.com/2013/01/menu-pertama-seorang-ibu-daging-goreng.html

Isnin, 14 April 2014

Bermula Episod Melakar Kehidupan Indah..insyaAllah

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, rasa tunduk hina hamba yang penuh kekurangan dan kelemahan, berazam untuk terus istiqamah dengan kebaikan dan taat pada perintah Mu.

Alhamdulillah, diberi peluang masa yang lapang untuk menukilkan rasa, pandangan, dan perkongsian bermakna insyaAllah dalam blog  yang baru di bina, mudah-mudahan memberi semangat, manfaat untuk diri dan sekeliling. Di samping mengukir memori-, memori indah bersama insan yang disayangi dan masyarakat sekeliling..

Mudah-mudahan dipermudahkan dan terus kekal dicoretkan saat2 indah, kata-kata hikmah, perkongsian ilmu dalam blog ini..

Jazakumullahu khairan jaza.. robbi yassir wala tu'assir..

InsyaAllah..